Wednesday, September 20, 2017

Pegawai trafik udara Taiwan dituduh punca nahas TransAsia

Taiwan mendakwa dua pegawai kawalan trafik udara berikutan nahas pesawat TransAsia yang membunuh 49 orang pada tahun 2014, pendakwaan pertama membabitkan nahas udara paling buruk di negara itu.

Dua juruterbang pesawat yang terkorban dalam kemalangan itu, turut dipersalahkan kerana mengendalikan penerbangan GE222 ke kawasan perumahan ketika pesawat itu cuba mendarat di lapangan terbang bandar Magong di kepulauan Penghu.
Empat orang didapati cuai dalam tugas mereka ketika kemalangan ini," menurut pendakwa raya Penghu dalam satu kenyataan, merujuk kepada dua pegawai kawalan trafik udara dan pasangan juruterbang itu.
Juruterbang berkenaan tidak akan didakwa, sebaliknya kakitangan darat yang bertanggungjawab ke atas trafik udara hari itu didakwa atas kecuaian jenayah, yang membawa kepada hukuman penjara hingga lima tahun jika sabit kesalahan.
Badan penerbangan Taiwan Januari lalu berkata, juruterbang menyebabkan kemalangan itu pada 23 Julai 2014, kerana terbang terlalu rendah ketika cuba mendarat semasa taufan.
Siasatan turut mensabitkan faktor lain seperti bencana, termasuk komunikasi mengenai maklumat cuaca yang teruk kepada krew penerbangan dan isu-isu penyelarasan di lapangan terbang Magong.