Wednesday, September 20, 2017

Pegawai trafik udara Taiwan dituduh punca nahas TransAsia

Taiwan mendakwa dua pegawai kawalan trafik udara berikutan nahas pesawat TransAsia yang membunuh 49 orang pada tahun 2014, pendakwaan pertama membabitkan nahas udara paling buruk di negara itu.

Dua juruterbang pesawat yang terkorban dalam kemalangan itu, turut dipersalahkan kerana mengendalikan penerbangan GE222 ke kawasan perumahan ketika pesawat itu cuba mendarat di lapangan terbang bandar Magong di kepulauan Penghu.
Empat orang didapati cuai dalam tugas mereka ketika kemalangan ini," menurut pendakwa raya Penghu dalam satu kenyataan, merujuk kepada dua pegawai kawalan trafik udara dan pasangan juruterbang itu.
Juruterbang berkenaan tidak akan didakwa, sebaliknya kakitangan darat yang bertanggungjawab ke atas trafik udara hari itu didakwa atas kecuaian jenayah, yang membawa kepada hukuman penjara hingga lima tahun jika sabit kesalahan.
Badan penerbangan Taiwan Januari lalu berkata, juruterbang menyebabkan kemalangan itu pada 23 Julai 2014, kerana terbang terlalu rendah ketika cuba mendarat semasa taufan.
Siasatan turut mensabitkan faktor lain seperti bencana, termasuk komunikasi mengenai maklumat cuaca yang teruk kepada krew penerbangan dan isu-isu penyelarasan di lapangan terbang Magong. 

Friday, January 6, 2017

Kerja Sambilan Di Rumah Data Entry



Banyak orang sering kaitkan kerja part time atau separuh masa di rumah ini hanyalah untuk golongan wanita sahaja. Namun anggapan tersebut ternyata jauh menyimpang dengan zaman serba moden yang sedang kita harungi ini.

Trend berkerja di rumah ini telah lama digunakan di negara-negara moden yang lain & baru-baru ini ia sudah menjadi satu lumrah serta semakin bertambah kerja part time yang dapat dilakukan dari rumah. Tidak kira anda tinggal di mana-mana sahaja, Bangi, Shah Alam, Serdang, Klang atau dimana mana saja, perbezaan geografi bukan lagi menjadi halangan.

Contoh kerja part time yang biasa kita dengar adalah isi sampul, melipat katalog, cleaner, call centre, cikgu tuisyen, event kru, edar flyers dan juga fotografi. Ada yang bergaji besar dan ada yang tak. Rata-rata, hanya boleh dijalankan ketika hujung minggu sahaja.

[+] Baca tips bekerja di rumah di blog Shahraduan.com

Tidak seperti kerja sambilan yang memerlukan anda hadir secara fizikal, kerja dari rumah di atas talian di rumah lebih mesra. Ini ialah list kerja part time di rumah bagi anda yang hendak menjana income keluarga untuk menampung perbelanjaan yang makin naik dari tahun ke tahun.

Bagi kerja kerja masukkan data ini, anda perlu ada notebook untuk membolehkan anda menyiapkan seberapa banyak masukkan data yang perlu diisi. Selalunya syarikat gergasi di dalam bidang telco, insurans dan sebagainya yang melibatkan data pelanggan yang besar memerlukan ramai pekerja untuk kerja data entry ini.

Ada yang menerima gaji mengikut jam dan tidak kurang juga yang dibayar berganting kepada jumlah mana input yang dimasukkan. Kebiasaannya mereka boleh mendapat dalam RM5 sejam hanya melalui komputer dan apabila siap, mereka boleh menghantar semula kepada majikan anda. Payment biasanya dibayar sebulan sekali mengikut banyak mana kerja yang telah berjaya anda siapkan.